Terma dan Syarat
Kepada semua yang dihormati,
Seperti yang anda ketahui, Syarikat sentiasa berusaha untuk mengembangkan pasukan kami dengan mengupah orang-orang berbakat, sama seperti anda. Oleh itu, Syarikat dengan senang hati memaklumkan bahawa kami telah memulakan satu program yang diberi nama Program Insentif Rujukan Pekerja (Employee Referral Incentive Program). Apa yang harus anda lakukan adalah merujuk orang / calon yang berpotensi kepada syarikat dan anda akan dibayar komisen oleh Syarikat. Sekiranya anda mengenali sesiapa yang dapat membawa kebaikan kepada Syarikat, sila cadangkan mereka kepada Syarikat. Sekiranya orang yang dicadangkan anda, diterima oleh Syarikat, anda akan diberi ganjaran.
Untuk memenuhi syarat untuk Insentif rujukan, anda perlu mematuhi terma dan syarat berikut:
- 1.1 Rujuk mana-mana orang / calon yang anda fikir berpotensi untuk berkhidmat dengan Syarikat;
- 1.2 Rujuk mana-mana orang / calon yang anda fikir telah memenuhi Syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Syarikat.
- 1.3 Syarikat akan meneliti, menemu ramah dan berbincang secara bebas dengan Calon dan boleh memilih sama ada untuk mengupah atau tidak Calon tersebut. Sebarang keputusan yang dibuat oleh Syarikat adalah muktamad.
- 1.4 Calon hanya boleh dirujuk kepada Syarikat sekali sahaja. Sekiranya Calon tersebut dirujuk kepada Syarikat lebih dari satu kali, hanya orang pertama yang merujuk Calon tersebut kepada Syarikat yang layak mendapat bayaran insentif.
- 1.5 Bayaran Insentif akan dibayar berdasarkan syarat berikut:
- Calon mesti diambil bekerja dan terus bekerja di Syarikat selama lebih dari dua (2) bulan;
- Perujuk juga mestilah bekerja dan kekal bekerja di Syarikat selagimana Calon tersebut diambil bekerja oleh Syarikat;
- 1.6 Syarikat akan menghentikan pembayaran insentif kepada Perujuk sekiranya keadaan seperti berikut berlaku: -
- Calon bukan lagi pekerja Syarikat;
- Perujuk bukan lagi pekerja Syarikat;
- Calon mengalami masalah kesihatan atau keluarga yang memerlukan cuti / cuti panjang daripada bekerja dengan Syarikat;
- Perkhidmatan calon di syarikat tersebut ditamatkan kerana terdapatnya masalah pelanggaran tatakelakuan syarikat, salah laku, kesalahan serius, melakukan jenayah atau kesalahan serius atau bersabit dengan kesalahan undang-undang.
- Perjanjian ini boleh di tamatkan pada bila-bila masa oleh mana-mana pihak dengan memberikan notis bertulis kepada pihak lain. Setelah penamatan syarikat akan berhenti membayar semua bayaran rujukan kepada perujuk, keadaaan ini berlaku sekiranya syarikat yang menandatangani perjanjian pembekalan pekerja dengan EXPERT MANPOWER SDN BHD terpaksa menghentikan operasi perniagaan mereka secara kekal atau sementara kerana masalah seperti pandemik, kesihatan, krisis ekonomi global, bencana alam atau masalah lain yang mempengaruhi operasi dan pendapatan syarikat
Kami akan mengemaskini Dasar Privasi kami dari masa ke semasa. Oleh Itu anda di nasihatkan untuk menyemak halaman ini selalu untuk sebarang perubahan . Terima Kasih.